Subscribe Now

Trending News

Maritim Malaysia tahan bot asing
Nasional

Maritim Malaysia tahan bot asing 

SEMPORNA 16 Feb. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) wilayah ini menahan sembilan kru bot warga asing dipercayai bekerja tanpa dokumen yang sah di perairan Pulau Mabul di sini, semalam.

Kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan pukul 5.30 petang kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah dan bekerja sebagai nelayan di atas bot milik rakyat tempatan.

Pemeriksaan lanjut terhadap lesen menangkap ikan mendapati nama juragan yang didaftarkan berbeza dengan kesemua suspek di atas bot itu.

Pengarah Maritim Malaysia Pangkalan Maritim Semporna, Leftenan Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, pihaknya turut merampas kira-kira 300 kilogram (kg) hasil laut dalam bot tersebut.

“Ketika melakukan rondaan di kawasan perairan itu, pihak kami menemukan sebuah bot nelayan di perairan Pulau Mabul di sini.

“Pemeriksaan terhadap bot milik nelayan tempatan itu mendapati kesemua kru merupakan warga Filipina yang bekerja tanpa permit dan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Amiludin, ketika ditahan bot tersebut dalam perjalanan ke Kampung Simunul di sini.

“Kesemua kru dan barang rampas di bawa ke Jeti Lepa-lepa untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Related posts