MELAKA : Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai ketua PPBM Bahagian Masjid Tanah sehingga 2021, menewaskan penyandang Mohd Redzuan Yusof yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Beliau memperoleh 414 undi berbanding 328 undi yang diraih Redzuan yang juga ketua PPBM Melaka dalam pemilihan bahagian itu di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Alor Gajah, dekat sini.

Saingan 3 penjuru jawatan itu menyaksikan Setiausaha Bahagian Masjid Tanah, A Lukman Ab Ghani hanya memperoleh 227 undi.

Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PPBM MElaka, Shamsir Haron awal pagi ini.