HUTAN MELINTANG: Masyarakat India di negara ini telah melakukan transformasi dengan menukar pemikiran yang sempit kepada pemikiran yang lebih luas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat itu boleh maju ke hadapan seperti bangsa lain kerana mereka kini menitik beratkan sistem pendidikan yang berjaya mencorakkan kehidupan ke arah kecemerlangan.

”Ini terbukti apabila hari ini ramai anak-anak muda kaum India menjadi ahli profesional seperti jurutera, peguam dan doktor,” katanya semasa berucap merasmikan Program Ponggu Tamil di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang pada Selasa.

Hadir sama ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Lebih 3,000 masyarakat India Bagan Datuk hadir pada program itu.

Menurut Zahid, semangat ponggal telah menyatukan semua, membakar semangat motivasi kepada seluruh rakyat di Bagan Datuk.