ALOR SETAR: Litar lumba bernilai RM30 juta bakal dibina di Sungai Petani khusus untuk manfaat golongan muda.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri program Gen Y di Menara Alor Setar di sini, Ahad.

“Litar lumba itu tentunya memberi manfaat kepada golongan belia, jadi tak perlu lagi mat rempit berlumba di jalan.

“Mereka boleh berlumba di trek yang disediakan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata, Ketua Menteri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengumumkan lebih terperinci berhubung perkara itu.

Hampir 4,000 belia hadir pada program itu yang menyediakan pelbagai acara termasuk berbasikal sejauh tiga kilometer.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/12/litar-lumba-sp/#m6ucoYQSUh8LeC1k.99