SIK – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu kesal dengan perbuatan sesetengah pihak yang sengaja memasang atau menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.

Menurutnya, sikap biadab itu boleh dilakukan sesiapa sahaja dan beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

“Tidak tahu siapa buat tetapi kita kesal dengan tindakan itu. Biarlah kerajaan menyiasatnya,” katanya di Pondok Ampang Jeneri, Sik lapor SinarHarian

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau datang ke Sik semalam bukan melalui program kerajaan tetapi hanya lawatan mengejut untuk menziarahi kawan-kawan lama termasuk dua pondok agama.