MELAKA: Seorang wanita terbunuh akibat ditimpa dahan pokok ketika menunggang motosikal ke tempat kerja di Jalan Ayer Keroh Lama di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi ketika hujan lebat, mangsa, Intan Syahira Ahmad Safri, 23, dari rumah sewanya di Bukit Beruang, dalam perjalanan ke kilang di Taman Perindustrian Taman Tasik Utama Ayer Keroh.

Setiba di tempat kejadian, dahan pokok di bahu jalan patah dan menghempap mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Hamdan Sudin, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari klinik kesihatan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat – berita harian