Jicin, Republik Czech: Seorang wanita dan anak perempuannya maut dalam keadaan menyedihkan selepas terperangkap di dalam bilik sauna selama 90 minit.

Kedua-dua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam sauna berkenaan selepas tombol pintu di bilik itu patah.

Jurucakap polis, Iva Kormosova berkata, wanita berusia 65 tahun dan anaknya yang berusia 45 tahun itu menggunakan sauna milik rakannya pada Sabtu lalu.

Katanya, selepas kedua-dua mangsa masuk ke dalam sauna yang terletak di belakang rumah, rakannya masuk ke kediamannya untuk berehat.

“Bagaimanapun, rakan mangsa mula curiga selepas mendapati dua beranak berkenaan berada terlalu lama di dalam sauna berkenaan.

-myMetro