CHEMOR – Gara-gara mengelak sebuah motosikal melintas, seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Kuala Kangsar-Chemor, di sini, hari ini.

Mangsa, Meor Mohamad Muizzuddin Riffen, 22, yang turut menaiki motosikal maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian berlaku lebih kurang jam 7.30 pagi selepas pihaknya menerima maklumat orang awam berlaku kemalangan maut berhampiran lampu isyarat Kawasan Perindustrian Kanthan.

Katanya, mangsa dari arah Sungai Siput menghala ke Ipoh dan apabila tiba di tempat kejadian sebuah motosikal yang tidak dikenalpasti melintas.

“Mangsa kemudiannya hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan dan mati di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Mohd Ali berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis – sinar