Oleh:Nazialita Geynna Maharan

GERIK: Niat seorang pelajar sekolah ingin menyelamatkan rakannya yang lemas di kawasan air terjun Lata Kulim, Kampung Kenayat dekat sini akhirnya meragut nyawanya sendiri selepas ditemui lemas pada petang Khamis.

Mayat dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun itu ditemui oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Gerik kira-kira sejam selepas menerima panggilan mengenai insiden itu sekitar jam 2.05 petang.

7b4f0447-4216-4303-b909-6b81fba5988f

Difahamkan mangsa dan rakannya yang lemas telah pergi ke lokasi kejadian untuk bermandi air terjun bersama lapan orang lagi rakannya sekembalinya dari sekolah.

Ketua BBP Gerik,Penolong Penguasa Bomba Azizul Aswas Asaris berkata pihaknya juga perlu menggunakan beberapa kaedah dalam operasi SAR berikutan keadaan jalan raya di kawasan itu.

“Setibanya di tempat kejadian kami mendapati titik lokasi mangsa lemas adalah berada dua kilometer dan agak jauh ke dalam dari jalan besar, dan ianya hanya boleh dimasuki menggunakan kenderaan pacuan empat roda 4×4.

“Difahamkan ketika mandi mangsa pertama telah lemas dahulu sebelum mangsa kedua yang menyedari insiden itu cuba untuk menyelamatkan rakannya.

“Kedua-dua mereka gagal menyelamatkan diri dan mangsa pertama dijumpai pada 3.10 meter dan rakannya pada jam 3.28 petang,”katanya lagi.

Kata Azizul, kedalaman air di kawasan air terjun itu mencecah dalam lingkungan tiga meter setengah,”katanya dalam sebuah kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, anggota telah menggunakan besi pencengkam dan berjaya menjumpai mayat mangsa sebelum dibawa naik ke darat dan dibawa keluar dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya dan operasi tamat sekitar 4.45 petang,”ujarnya lagi.

4174ea18-e33e-4cf7-ab10-9a6985dd20d5