Permatang Pauh: Lelaki maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Menurut sumber, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang masih belum diketahui identitinya itu bertembung dengan Proton Gen2 yang dipercayai melawan arus.

“Kemalangan itu turut membabitkan Proton Preve dan van pekerja.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.