SIMPANG PULAI -Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dikatakan terbabas lalu merempuh pokok kelapa sawit di Jalan Simpang Pulai ke Changkat Larang, di sini pada malam Selasa.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 11.45 malam.

“Setibanya jentera di tempat kejadian didapati mangsa yang dipercayai terbabas itu telah tersepit dan disahkan meninggal dunia.

“Anggota telah bertindak mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya.

Tambah beliau operasi telah tamat pada jam 12.13 pagi tadi.