AYER TAWAR – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Batu 17, di sini, sekitar jam 9.30 malam tadi.

Mangsa Mohammad Zainulirfan Kasmongin,30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala selepas keretanya terbalik.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa dari arah Ipoh menuju ke Sitiawan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang gerai serta pokok di sebelah kiri jalan dan terbalik.

“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 – sinar harian