Subscribe Now

Trending News

Maya Karin nafi punca Nik Nazmi bercerai
Nasional

Maya Karin nafi punca Nik Nazmi bercerai 

KUALA LUMPUR 2 Julai – Aktres Maya Karin menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan perceraian Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dengan Dr. Imaan Abdul Rahim.

Menurut Maya, dia memang mengenali ahli politik itu namun hubungan mereka sekadar kenalan biasa, seperti hubungannya dengan beberapa ahli politik lain.

“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.

“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” jawabnya ketika di hubungi Utusan Malaysia.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 39, diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan menjadi orang ketiga sekali gus punca Nik Nazmi dan Dr. Imaan berpisah setelah 14 tahun berumah tangga.

Apa pun, pelakon filem itu mengakui tidak terkejut dengan dakwaan tersebut.
Ba­ginya, kontroversi itu satu perkara biasa kerana sudah acap­kali namanya dikaitkan de­ngan beberapa ahli politik sebelum ini.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya sambil tertawa.

Terdahulu, Nik Nazmi, 37, dilaporkan bercerai talak satu dengan Dr. Imaan, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.-Utusan

Related posts