KUALA LUMPUR: Penyanyi Maya Matahari dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat kanser.

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza dilaporkan mengesahkan berita itu memberitahu, dia masih menunggu maklumat terperinci mengenai kematian arwah.

“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini.

“Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya,” katanya.

Haiza tahu temannya itu menderita kanser dan menjalani rawatan di China.

“Saya diberitahu arwah baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di negara itu,” katanya yang kali terakhir bertemu Maya ketika dimasukkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, akhir tahun lalu.

Sementara itu, sahabat baik arwah, Ieda memberitahu, Maya kembali daripada menjalani rawatan di China, kira-kira tiga minggu lalu.

Ketika ini, difahamkan, keluarga arwah belum membuat keputusan sama ada mahu mengebumikan arwah di sini atau dibawa pulang ke kampung halaman di Johor Bahru.

Mya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee popular pada era 1990-an dengan lagu Matahari dan Diari Biru.