JOHOR BAHRU: Mayat dua kanak-kanak lemas ketika mandi di sebuah lombong tinggal berhampiran sebuah pasar raya di Taman Suria, di sini, ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

Mayat kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Norfifi Allysa Natalia Abdullah, 12, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat jam 6.26 petang tadi.

Ia diikuti mayat seorang lagi kanak-kanak, Mohamad Affiq Afnan Abdur Razzaq, 9, ditemui pada jam 8 malam tadi.

Mengikut maklumat yang diperoleh, Mohamad Affiq adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi, dua mangsa berkenaan hilang selepas mandi bersama lima lagi rakan mereka.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Nazaruddin Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.15 petang.

Lima lagi mangsa yang selamat ialah Ghismawi Ismail, 9; Muaz Ibrahim, 9; Mohd Danish Ashraf Afidan Shah, 10; Mohd Danish Omar, 10; dan Rizman Ismail, 13 tahun – berita harian