PALU: Penyelamat Indonesia menemui mayat 34 pelajar yang terbunuh dalam banjir lumpur akibat gempa bumi di Sulawesi Jumaat lalu yang menimbus gereja mereka, kata seorang pegawai tempatan hari ini.

“Sejumlah 34 mayat ditemui oleh pasukan kami,” kata jurucakap Palang Merah Indonesia, Aulia Arriani kepada AFP.

Beliau menambah, pada awalnya 86 pelajar dilaporkan hilang dari sebuah kem Kitab Injil di Pusat Latihan Gereja Jonooge di daerah Sigi Biromaru. -AFP