SANDAKAN: Mayat bayi berulat ditemui orang awam di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, dekat sini, malam tadi.

Bayi berkenaan yang ditemui kira-kira jam 8 malam itu, dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam dan dalam keadaan badan yang sudah kehitaman.

Difahamkan, mayat ditemui di satu kawasan berdekatan pembuangan sampah dan garaj di kampung berkenaan.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan kemudian menjalankan siasatan di lokasi dan menghantar mayat berkenaan ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan, kira-kira jam 11, malam tadi.

Setakat jam 10.40 pagi ini, polis belum mengeluarkan kenyataan media mengenai kejadian itu – berita harian