SITIAWAN: Polis mengesahkan kejadian seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditemui mati dipercayai dibunuh, di Jalan kampung Cina, Taman Sri Mawar di sini, pagi tadi.

3b7d06c2-fdb1-4ba0-9051-867fcb79d17c

Menurut Ketua Polis Daerah Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Zailan, polis masih menjalankan berhubung motif kejadian itu.

Katanya, siasatan polis mendapati mayat Mohd Supian Mohd Samad, 34, ditemui terbaring berlumuran darah dalam semak oleh orang awam yang melalui kawasan berhampiran pada jam 8.30 pagi.

“Kita masih jalan siasatan berhubung motif kes ini dan sedang menyemak  rekod lampau mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Jumaat.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat kepada polis.

“Kepada orang ramai atau sesiapa yang nampak atau mengetahui mana-mana orang, kumpulan ataupun individu, mana-mana kenderaan yang lalu di jalan ini waktu pagi, boleh berhubung dengan pihak polis bantu kami dalam siasatan kes ini,” ujarnya.

c5f0e4ce-3354-45d5-afca-ee6f63e2a63b