BAGAN SERAI: Mayat seorang lelaki ditemui dalam parit berhampiran sebuah restoran di Jalan Siakap, di sini, pagi tadi.

Mayat Ng Hooi Seng, 55, ditemui orang awam kira-kira jam 9.30 pagi selepas menyedari sebuah basikal berada di tebing parit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, kata beliau, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui sama ada mangsa mati mengejut atau menjadi mangsa langgar lari.