Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemui di tepi jalan berhampiran Taman Birch, Jalan Tun Razak pada pagi Sabtu.

Difahamkan, mayat mangsa yang berusia 40an itu ditemui oleh orang ramai yang lalu di jalan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Saksi awal kejadian melaporkan mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu terbaring di tepi jalan dan dipercayai tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Buat masa ini, pihak polis sedang mengendalikan mayat mangsa untuk dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB) bagi bedah siasat.

Info lanjut akan menyusul.