PARIT BUNTAR: Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Kerian di sini, awal pagi Selasa, ditemui awal pagi Rabu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, mayat lelaki berumur 52 tahun itu ditemui pada 4.20 pagi, kira-kira dua meter dari tempat dia terjatuh.

Katanya, penemuan itu hasil operasi pencarian dengan kaedah ‘surface searcing’ yang digunakan anggota bomba.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini.