PARIT – Mayat seorang pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama, Lambor Kanan dekat sini yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak sewaktu memancing semalam ditemui sebentar tadi.

Menurut jurucakap bomba, mayat mangsa, Nik Aiman Abdul Malik, 13, dijumpai pada pukul 2.15 petang tadi dalam keadaan terapung kira-kira 100 meter dari jarak dia dipercayai terjatuh.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, Nik Aiman dikhuatiri lemas dibawa arus selepas tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu berlaku ketika Nik Aiman bersama rakannya memancing di belakang pusat pengajian berkenaan. – K! ONLINE