KUALA KURAU: Mayat seorang remaja yang dipercayai jatuh ke laut dijumpai di Bagan Selatan Laut, Tanjung Piandang dekat sini pada pagi Ahad.

Mangsa,Tan Yin Cheng,16, yang dipercayai hilang sekitar 6.45 petang Sabtu lepas ditemui sekitar 1 kilometer daripada lokasi mangsa terjatuh.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Pegawai Bomba Kanan Tajul Arif Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira  6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

“Mayat mangsa dijumpai oleh pegawai bomba dan nelayan berhampiran sangkar ikan laut di Tanjung Piandang dan kira-kira 1 kilometer dari lokasi mangsa jatuh,” katanya ketika dihubungi Suara Perak pada pagi Ahad.

Menurut beliau, pihaknya turut menerima bantuan daripadq BBP Bagan Serai dan juga Parit Buntar bagi operasi mencari dan menyelamat ( SAR).