MIRI: Satu mayat rentung ditemui di tempat penumpang belakang sebuah kereta yang terbakar di Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku, awal pagi tadi.

Identitinya masih belum dikenal pasti dan sudah dihantar ke rumah mayat Hospital Miri untuk dianalisa.

Capture

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 1.52 pagi dan menghantar lapan anggota bagi memadam kebakaran itu.

“Kebakaran kenderaan itu dipadamkan jam 2.18 pagi dan pemeriksaan mendapati ada rangka rentung di tempat duduk pemandu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, rangka berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Capture

-BeritaHarian