MOSCOW 30 Julai – Selebriti Instagram terkenal Rusia, Ekaterina Karaglanova ditemukan mati di kediamannya dengan mayatnya disumbat di dalam sebuah beg pakaian di sini.

Menurut BBC, polis menemukan mayat Karaglanova, 24 pada Jumaat lalu selepas ahli keluarga wanita itu melaporkan kehilangannya.

Wanita itu yang memiliki 85,000 pengikut di Instagram baru-baru ini menamatkan pembelajarannya dalam bidang perubatan.

Polis tidak menolak pembunuhannya bermotifkan unsur dengki.

Karaglanova dilaporkan baharu menjalinkan hubungan dengan individu tidak diketahui identitinya dan merancang untuk bercuti ke Netherland bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-30.- AGENSI