SEREMBAN: Bau busuk dari sebuah rumah pangsa di Jalan Lobak, di sini, terjawab apabila polis menemui mayat seorang wanita di dalam tandas rumah berkenaan, semalam.

Difahamkan, misteri bau busuk itu bermula empat hari lalu sebelum jiran mendapati ia berpunca dari rumah yang didiami wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.17 petang daripada jiran berhubung perkara itu.

“Beberapa anggota yang dikejarkan ke lokasi menemukan mayat wanita berusia 62 tahun dalam keadaan terduduk di dalam tandas rumah berkenaan.

“Tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah yang didiami mangsa dan ia berkunci dalam keadaan baik – berita harian