SITIAWAN: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Lekir di penghujung Ramadan.

Lebih 300 warga kawasan tersebut telah hadir pada majlis berbuka puasa dan solat terawih itu pada Rabu.

Sebelum itu, Dr. Zambry dan isteri menghadiri majlis berbuka puasa dengan lebih 150 penduduk Batu 7 Lekir di Masjid Ar-Raudhah dan bersolat Maghrib berjemaah.

19225804_1568860656488276_4802268677491135522_nSejurus tamat majlis berkenaan beliau menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid terlibat.

Dalam ucapannya, Dr. Mabry berkata, majlis itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk mendekati rakyat khusus pada bulan Ramadan kali ini.

“Terima kasih kerana sudi hadir meluangkan masa bersama-sama saya. Diharapkan bulan Ramadan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua, insya-Allah,” kata beliau.

Beliau turut mengajak para hadirin untuk memberi tumpuan lebih kepada amal ibadat di penghujung Ramadan sebelum menyambut Syawal tidak lama lagi.