MUAR : Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, mengesahkan pembelian 15 kereta Toyota Camry bagi menggantikan model Honda Accord sedia ada yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan rasmi beliau dan anggota EXCO negeri.

Beliau berkata, Honda Accord sebelum ini didapati sudah melebihi perbatuan antara 350,000 hingga 400,000 kilometer.

“Semua kereta rasmi Toyota Camry kerajaan Johor itu mula digunakan pada 12 Februari lalu,” katanya pada sidang media di Program Sembang Santai bersama MPKK di Kampung Jorak Bukit Pasir, hari ini. -BH