PENGKALAN HULU: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) menjalankan satu lagi majlis Ihya Ramadan di bawah program Tanggungjawab Korporat (CSR) syarikat berkenaan .

Sebelum ini MB Inc telah menganjurkan program seperti ini di Ipoh, Trong dan Chenderiang.

Kemarin, MB Inc memberi sumbangan wang zakat kepada 100 asnaf di Masjid Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Pengkalan Hulu.

Pengurusan Besar Kanan MB Inc, Nor Afzanizam Abd Manan yang mengetuai rombongan syarikat, menyampaikan zakat kepada penerima enam Al Quran dan 50 Yassin kepada Pengerusi Masjid, Kasim Kassim.

Nor Afzanizam dalam ucapannya berkata MB Inc ingin kongsi keuntungan syarikat yang diperolehi tahun lepas dengan mereka.

“MB Inc menjalankan operasi perlombongan di Pengkalan Hulu dan sedikit sebanyak hendak membantu mereka yang kurang nasib menjelang Hari Raya tidak lama lagi,” katanya.

Turut hadir ialah Penyelaras Dun Pengkalan Hulu, Dr Ahmad Safwan Mohamad dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kuak Luar, Mohd Azhar Ariffin.

Sebelum ini MB Inc juga melawat beberapa asnaf yang uzur di rumah mereka untuk menyampaikan bantuan di kawasan kawasan lain.