SERI ISKANDAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memeriahkan “reunion” sulung bekas kadet wartawan Amanjaya yang bertemu semula di sini, malam tadi.

ce3f696d-6360-4745-a759-a15d8e080d46Program anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama akhbar Sinar Harian itu yang bermula tahun lalu, diadakan bertujuan mencungkil bakat penulisan dan fotografi di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Pengurus Besar Yayasan Perak, Aida Hazlyn Hassan berkata, program Kadet Wartawan Amanjaya itu telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka di samping mencungkil bakat mereka dalam bidang kewartawanan.

Beliau berkata, setakat ini program itu telah dimanfaatkan oleh 200 pelajar di setiap daerah di negeri ini.

“Melalui program seperti ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang diminati yang jarang diadakan dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita.

172428ce-c4a4-4ce8-b11e-5c8df808ade0Seorang peserta, Mohammad Noor Aiman Mohammad Nazal, 18, yang amat meminati bidang fotografi berkata, dia menyertai program itu awal tahun ini semasa program Permukiman Menteri Besar Perak di Selama, Taiping.

Katanya, pelajar yang meminati bidang kewartawanan dan fotografi perlu memanfaatkan program itu kerana kos untuk kursus fotografi di tempat lain adalah tinggi.

“Program ini sangat bagus dan saya menyertainya selepas diberitahu guru kelas saya kerana dapat belajar perkara baharu selain berjumpa kawan baharu yang mempunyai minat sama,” katanya.

95aa4250-37e2-47a8-bdfd-f8b224b0f27e