IPOH: Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.

Menerusi posting terbaru di laman Facebook, beliau turut mendoakan mereka agar sentiasa berada di bawah rahmah Allah.

Beliau percaya mereka semua sudah pun melakukan persediaan yang secukupnya dan dapat menjawab semua soalan dalam keadaan yang tenang.

“Saya amat yakin akan kebolehan akademik anak-anak Negeri Perak dan saya ingin melihat agar sifat mahukan kecemerlangan di dunia dan akhirat disematkan di dalam jiwa setiap rakyat,” tulisnya pada awal pagi tadi.

Hari ini, semua calon UPSR seluruh negara menduduki ujian bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.

Di Perak, seramai 33,499 calon kini sedang menduduki UPSR 2018 yang dijalankan sehingga 27 September ini.