IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan takziah kepada keluargaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia hari ini.

Ahmad Faizal berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negeri Perak, rakyat di DUN Slim dan UMNO Tanjung Malim.

“Bagi pihak seluruh rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan negeri Perak, saya dengan penuh hiba dan dukacita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau akibat serangan hantung di Hospital Bentong, Pahang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Faizal berkata, beliau juga telah kehilangan seorang sahabat yang telah dianggap sebagai saudara kandung.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmay ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga.

“Didoakan juga agar ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, Al-Fatihah,” ujarnya.