IPOH– Kayuhan amal ‘fun ride’ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson bersempena sambutan sukan 100 tahun, dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar YAB Ahmad Faizal Azumu.

Penyertaan kayuhan yang mencecah 254 orang itu bukan sahaja dari kalangan pelajar sekolah itu bahkan melibatkan orang ramai dari sekitar bandar raya Ipoh.

Yang turut sama, isteri Menteri Besar, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi serta Presiden Anderson old Boys Association (ASOBA) yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Sekitar jam 8 pagi, Ahmad Faizal menyempurnakan pelepasan kayuhan peserta sejauh 25 kilometer.

Kayuhan bermula dari SMK Anderson di Jalan Hospital sehingga ke Jalan Raja Di Hilir, Jalan Tambun, Persiaran Lagun Sunway dan berpatah balik ke Jalan Tambun sehingga tiba kembali ke sekolah.

Bagi kayuhan VIP, Ahmad Faizal mengetuai acara kayuhan dengan jarak sejauh 5 kilometer.