IPOH- Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat Ketua Jabatan Baru, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir. Ahameed Tarmizi Ramli di pejabatnya pada Rabu.
Ahameed, 59,mula berkhidmat pada tahun 1984 dan berpengalaman dalam pelbagai bidang penempatan seperti Rekabentuk (jambatan, bangunan) dan Pengurusan Projek dan Rekabentuk Maritim.
Antara skop kerja dan tanggungjawab beliau sebelum ini ialah mentadbir dan mengurus operasi harian Bahagian Maritim berjalan lancar dan berkesan serta menyelaras dan menyemak penyediaan lukisan, rekabentuk dan dokumen tender.
Ahameed turut menerima beberapa penghargaan dan pengiktirafan dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang termasuk Anugerah Pengurusan Projek Terbaik (tempat ketiga) pada tahun 2016.