Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di atas bantuan dan sumbangan tanpa mengira waktu kepada agensi itu.

1a72c37a-2219-4504-9234-40dbc7bb5902

Penghargaan tersebut diberikan melalui pemakaian pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.

Turut menerima penganugerahan pangkat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan iaitu pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Sementara itu,Pegawai Kewangan Negeri Perak,Datuk Mohd Ghazali Jalal turut tidak dilupakan dan dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

5d4435d4-9084-4f5f-ab02-9ef45e6fe159

Bagi penerima tunggal wanita Perak, wakil negeri diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim dengan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Majlis penyampaian sijil penganugerahan pangkat kehormat yang diikuti dengan penyampaian “Peak Cap” dan tongkat berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada petang Rabu.

3550898b-0c28-45bf-9a9c-f128f5934b05

Majlis tersebut turut disempurnakan dengan sesi bergambar bersama kesemua penerima pangkat.

Penganugerahan pangkat tersebut adalah pengiktirafan dan tanda terima kasih diatas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada individu dan pegawai Bomba.

Seramai 2,000 anggota bomba akan terlibat dalam perarakan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 yang akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh pada Khamis (esok) dan disempurnakan oleh Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzudin Shah.