IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengedarkan risalah kepada pemilik premis di sekitar Bandaraya Ipoh bagi menggalakkan mereka mengibar Jalur Gemilang dan bendera Perak sempena bulan kemerdekaan mulai 16 Ogos – 16 September ini.

a14ebd44-9c54-4a8a-9c40-c0277fd88accPengarah Kanan (Pentadbiran & Kewangan) MBI, Saidatul Akma Jamaludin berkata, sebagai permulaan 3,000 risalah diedarkan kepada pemilik premis di sepanjang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusuff, Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Sultan Iskandar.

Menurut beliau, pengedaran risalah itu akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana terdapat kira-kira 20,000 premis perniagaan di sekitar bandaraya ini.

“Kita menggalakkan warga Ipoh dari semua kaum dan peringkat umur mengibarkan bendera untuk menunjukkan semangat patriotism mereka sempena sambutan kemendekaan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan risalah kepada konvoi yang mengedarkan risalah berkenaan.

739d71e9-c2a6-4bf6-bfa1-78a9b53e8883

Selain MBI, turut terlibat di dalam program itu ialah Jabatan Penerangan Negeri Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan lebih 100 anggota dan sukarelawan.

Menurut Saidatul Akma, kempen galakan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Perak merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh MBI dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan NGO di bandaraya ini.

1f549be8-0979-4a5b-9504-d62064e3bf39Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat dan pemantauan yang dibuat tahun lalu, antara 50 – 70 peratus premis perniagaan dan persendirian di Bandaraya Ipoh menyahut kempen tersebut yang diharap terus meningkat tahun ini.

Selain daripada mengibarkan bendera, warga bandaraya juga diminta mengindahkan bangunan dan persekitaran dengan menyalakan lampu dan menghias lanskap di luar bangunan di samping menjaga kebersihan.