IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meraikan deligasi daripada Nanning, China dalam majlis makan malam di Restoran Simpang di sini pada Sabtu.

MBI diketuai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambry Man manakala Nanning diketuai Timbalan Setiausaha Jeneral Majlis Perbandaran Nanning, Tian Juanmquan.

Hadir sama Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, Ahli-Ahli Majlis, pegawai-pegawai kanan dan Ahli-Ahli Majlis Masyarakat Sivil (MMS) MBI.

Kehadiran lapan anggota deligasi Nanning itu adalah sempena program Ipoh International Run 2017 (IIR2017) yang berlangsung Ahad.

Pada majlis makan malam itu, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda persahabatan.

Ipoh dan Nanning telah mengadakan hubungan bandaraya persahabatan sejak tahun 2005 bagi menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains & teknologi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan.