IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meraikan ketua biro media Perak dalam majlis makan tengahari di Hotel Impiana di sini, pada Isnin.

Majlis bertujuan meraikan ketua-ketua biro media yang banyak membantu MBI di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak.

Majlis turur dihadiri Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Dalam ucapannya, Zakuan amat menghargai sumbangan media dalam menyiarkan berita yang seimbang mengenai MBI di samping mewujudkan persefahanan antara MBI dan media.

Menurut beliau, majlis tersebut merupakan pembuka tirai program media tahun 2019 yang akan diteruskan dengan majlis minum petang bersama media, perlawanan sukan persahabatan serta kemuncaknya malam media 2019.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu nostalgia P.Ramlee dan Biduanita Saloma oleh Fadzlee Wahab, Nor Hidayah, Penyanyi MBI serta kombo MBI serta tayangan video dan sesi pengenalan DJ Radio MBI.

Ahli Majlis MBI
serta wakil media turut menyumbangkan lagu dalam majlis tersebut.

Zakuan berharap hubungan baik antara MBI dan ketua biro media akan membantu meneruskan kecemerlangan MBI sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.