IPOH : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menayangkan siaran langsung perlawanan akhir Piala FA di antara Perak dan Kedah pada Sabtu ini di skrin LED di Dataran Stesen Keretapi (KTM) di sini.

Menurut MBI, tayangan siaran langsung perlawanan akhir itu akan bermula pada pukul 8 malam.

Katanya, orang ramai dan penyokong pasukan Perak yang gagal mendapatkan tiket perlawanan dialu-alukan untuk menonton beramai-ramai di skrin LED tersebut.

“Tayangan siaran langsung perlawanan akhir ini mendapat kerjasama Pejabat Menteri Besar Perak dan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

“Kami mengambil inisiatif khusus bagi membantu para peminat pasukan Perak yang tidak berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya MBI dalam kenyataan di sini hari ini.