IPOH: Kira-kira 100 pengamal media, kakitangan Jabatan Penerangan serta warga Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menyertai program grafiti Negaraku di Pusat NASOM cawangan Perak di sini pada Isnin.

Hadir sama Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Presiden NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharudin.

00220e4c-f17b-4828-ab04-8b30f0330a17Ibrahim berkata, program itu adalah antara usaha Jabatan Penerangan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Jabatan Penerangan akan terus melaksanakan program inklusif yang melibatkan ibu bapa, anak-anak dan masyarakat,” katanya pada sidang media sempena program tersebut.

Sempena program itu, Ibrahim turut melihat sendiri hasil produk pelajar pusat tersebut yang beliau sifatkan sangat menakjubkan, setaraf dengan kanak-kanak normal.

Sementara itu, Megat Shahrani berkata, buat masa ini terdapat 24 pusat NASOM di seluruh negara dengan kira-kira 600 pelajar.

“Kita memang bercadang untuk membuka lebih banyak pusat seumpama ini di seluruh negara tetapi kosnya sangat tinggi,” ujarnya.

91bc52be-1e74-414e-a3af-20e2f3aeeab8   WhatsApp Image 2017-10-23 at 14.05.13

Beliau memberitahu, NASOM memerlukan kira-kira RM7 juta setahun untuk menguruskan semua pusat tersebut.

“Setakat ini kita memperolehi RM3 juta setahun melalui kutipan yuran manakala RM4 juta daripada geran kerajaan dan sumbangan pelbagai pihak, khususnya swasta.

“Bagaimanapun ia masih tidak mencukupi kerana kos yang tinggi, misalnya seorang guru hanya untuk dua atau tiga murid dan bayaran untuk terapi percakapan RM200 sejam,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat untuk terus membantu NASOM kerana kesedaran mengenai autisme semakin meningkat hasil bantuan Jabatan Penerangan dan media.