QUEBEC CITY: Pelampau kulit putih yang dibicarakan kerana menyerang masjid di Quebec pada 2017 mengaku bersalah hari ini terhadap tuduhan membunuh enam jemaah dan enam lagi tuduhan cubaan membunuh.

Alexandre Bissonnette, 28, yang mengaku tidak bersalah pada awalnya, menukar pengakuan selepas lulus penilaian psikiatri yang diarahkan mahkamah awal minggu ini. – AFP