IPOH: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana berjaya membentuk kerajaan negeri Perak penggal ke-14.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah turut merakamkan tahniah kepada Ahmad Faizal Azumu kerana dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

“DPPM Perak berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan usahawan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Muhiyuddin berkata, pihaknya juga sedang berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu.