IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadualkan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini, esok pagi.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Perak, Zulkefli Abdullah, berkata Ahmad Faizal dijadualkan mengadap pada jam 10 pagi.

Menurutnya, ia sejajar dengan perkembangan pokitik yang berlaku di Perak sekarang.“Sejajar dengan perkembangan situasi politik terkini di negeri adalah dimaklumkan bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadualkan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 10 pagi di Istana Kinta esok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini.