IPOH- Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Czech, Rudolf Hykl ke Malaysia di pejabatnya pagi Isnin.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu bertujuan untuk membincangkan potensi dan kerjasama di antara Malaysia dan Republik Czech, khususnya yang melibatkan negeri Perak.
Menurut Dr.Zambry kunjungan Duta Besar Republik Czech itu juga merupakan hasil maklum balas berkenaan kemajuan dan keindahan di Perak sebelum ini.

8c7767dd-41f1-4918-88f3-9679592594ec
“Hasil perbincangan yang diadakan, mereka ada menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan kerjasama khususnya pelaburan, kerana mereka merupakan sebuah negara yang berkembang maju dengan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus di Eropah,”katanya.
Sementara itu, Rudolf ketika ditemui berkata, pihaknya tertarik dengan prospek ekonomi, pembangunan dan keindahan yang ada di Perak.
“Negeri ini dekat di hati saya, apa yang saya boleh katakan ialah Perak ada keunikan dan keindahan seperti di Pangkor, tidak terkecuali tarikan alam semulajadi, sejarah dan ekonomi,”ujarnya.
Rudolf merupakan lulusan Sarjana Polisi Awam, Sekolah Pengajian Awam dan Antarabangsa Woodrow Wilson di Universiti Princeton, Amerika Syarikat selain mempunyai Sarjana Seni dalam Pengajian Perniagaan di Fakulti Hubungan Ekonomi Antarabangsa, Institut Hububgan Antarabangsa, Moscow, Rusia.