PRK CAMERON l Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin hari ini mengumumkan bahawa projek Empangan Telom tidak akan diteruskan.

Bercakap semasa kempen Pakatan Harapan (PH) di Pos Lanai hari ini, beliau berkata kementeriannya membuat keputusan itu pada Oktober tahun lalu.

“Pada 30 Oktober, kita sudah ada satu mesyuarat […] Dalam mesyuarat itu kita sudah putuskan Empangan Telom tidak dimasukkan dalam perancangan. Maksudnya kerajaan tidak akan membina empangan ini.

“Ini bukan kerana PRK sudah sampai, saya pun tahu empangan ini di Cameron Highlands,”

kata Yeo yang disambut tepukan gemuruh daripada kira 200 hadirin di perkampungan Orang Asli ini.

“Kita buat (keputusan) ini kerana perancangan memang tak perlu. Apabila dia tidak diperlukan kita tak perlu bazir dana,” katanya.

Pos Lanai yang sejak sekian lama menjadi kubu BN akan paling terjejas sekiranya empangan itu dibina – berita malaysia