PASIR SALAK – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan beberapa menteri kerajaan PH tidak berkualiti dan menggelar mereka dengan panggilan ‘cap ayam’.Najib yang juga Penasihat BN dalam ucapannya di hadapan ribuan rakyat yang hadir pada Himpunan Penyatuan Ummah 2.0 di sini turut bertanyakan tentang kewajaran menteri PH digelar ‘cap ayam’ dan disahut dengan laungan setuju.

“Saya nak tanya menteri-menteri itu boleh kita harap ke tidak?

“Ada menteri masuk-masuk suruh tukar kasut putih kasut hitam, kalau saya kasut putih lagi baik sebab kita mengajar budak-budak jaga kebersihan

“Ada menteri yang pergi International Conference di Shangri LA Singapore, cakap bahasa Inggeris, saya fikir budak-budak sekolah kebangsaan di Pasir Salak cakap bahasa Inggeris lebih baik.

“Gajah sama gajah bergaduh, rumput yang jadi mangsa,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini malam tadi.

Sementara itu, lebih 30,000 orang hadir membanjiri Dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik bagi menyatakan sokongan kepada Himpunan Penyatuan Ummah 2.0 yang berakhir dengan laungan merdeka serta nyanyian lagu negaraku.