IPOH: MIC Perak telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke – 14 dan menyusun strategi bagi merampas semula kerusi-kerusi yang mereka tewas pada pilihan raya tersebut.

Pengerusinya, Datuk V Elango berkata, berdasarkan senario semasa, pihaknya yakin dapat berbuat demikian.

Beliau memberi contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak pilihan raya 2008 tidak langsung membawa sebarang pembangunan ke kawasan tersebut.

Menurutnya, wakil rakyat kawasan itu, S Kesavan langsung tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat dan hanya menjadi hero membuat laporan akhbar dan dalam media sosial.

“Sudah hampir 10 tahun dia menjadi wakil rakyat, apa yang dia buat, hampir setiap hari rakyat mengadu kepada saya sehingga saya turun ke Hutan Melintang dua tiga kali seminggu kerana mereka (rakyat) tidak mampu datang ke Ipoh,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

mic-rampasSebelum itu, Elango menyerahkan cek-cek sumbangan kerajaan negeri kepada lebih 120 rumah ibadat kaum India yang berjumlah lebih RM1.335 juta.

Dalam pada itu, beliau memberitahu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh mengenai laporan polis yang dibuat Kesavan yang menuduh Pengerusi MIC Perak itu telah bertukar alamat mengundi ke Hutan Melintang.

Beliau mengakui telah bertukar alamat ke rumah sewanya di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang sejak setahun lalu tetapi bukan di alamat yang didakwa wakil rakyat pembangkang itu.

“Pertukaran ini adalah dibenarkan oleh peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dia boleh membuat membuat bantahan di dalam tempoh bantahan, saya akan akur keputusan SPR,” ujarnya.

 

mic-rampas 2