IPOH : Kumpulan Mimbar Nusantara dengan kerjasama rakan sekerja mereka telah menyampaikan barangan makanan asas kepada 60 keluarga yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penerima merupakan penduduk di sekitar kawasan Chemor, Chemor Idaman, Kg Pisang Chemor, Kanthan Baru, Kg Tersusun Bt 10 Chemor, Meru & Meru 2B, Taman Malar, Kg Baru Tanah Hitam, Kg Baru Kuala Kuang, Klebang Putra, Klebang Jaya dan Klebang Prima.

Sumbangan barangan makanan kepada keluarga berbilang kaum itu disempurnakan Pengarah Urusan Mimbar Nusantara Group, Nazrin Cheong,.

Beliau mengucapkan terima kasih dengan kerjasama pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut hadir di setiap kawasan itu.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan makanan tengahari kepada anggota polis yang berada di barisan hadapan.

Nazrin Cheong menyampaikan sumbangan itu kepada empat balai polis iaitu Balai Polis Chemor, Tanah Hitam, Kanthan Baru dan Kuala Kuang.

“Ini merupakan satu tanda perhargaan kepada frontliners khususnya anggota polis di kawasan ini bagi menjaga keselamatan dan keamanan komuniti di sini.

“Saya doakan frontliners kita ini sentiasa selamat dan dipermudahkan segala urusan kerja dalam tempoh memerangi Covid 19 ini,” ujarnya.