IPOH: SME Corp sekali lagi meneruskan Minggu PKS tahun ini untuk menyuntik semangat usahawan supaya meningkatkan prestasi perniagaan mereka di dalam menghadapi ekonomi yang turun naik.

Menurut jurucakap SME Corp, sebanyak 307 aktiviti telah dirancang di 15 lokasi di seluruh negara.

Bertemakan ‘Mula Berdikit, Azam Melangit, Minggu PKS kali ini mensasarkan menarik lebih ramai usahawan dan orang ramai menyertai dan mendapat manfaat daripada peluang yang disediakan.

Bagi negeri Perak, penganjuran diadakan sempena MITI Day Zon Utara 2017 pada 6 – 7 Mei di Meru Raya.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pelbagai aktiviti menarik disusun sepanjang dua hari program, antaranya jualan produk usahawan, tea talk bersama industri, program halal, pameran automatif, latihan, latihan pemasaran atas talian bersama Google, taklimat bantuan kewangan dan sesi pemadanan perniagaan bersama Mydin, Pasaraya Borong Sakan dan Koperasi SKOMK.

Cabutan bertuah turut diadakan disamping penampilan istimewa selebriti seperti Awie, Marsha, Dafi, Najwa Latiff, Naz (Jalan – Jalan Cari Makan) dan Faizal FBI.

Bagi memudahkan orang ramai hadir ke program itu, perkhimatan pengangkutan percuma pergi balik disediakan di Terminal Bas Amanjaya dan Stesen Keretapi Ipoh ke lokasi program.