Shenyang, China: Seorang tukang sapu mungkin lelaki paling pemurah di dunia apabila mendermakan lebih 170,000 yuan (RM110,194) dalam tempoh 30 tahun untuk membantu 37 kanak-kanak miskin bersekolah.

Kisah tukang sapu dari Shenyang ini mengejutkan dan memberi inspirasi kepada pengguna Internet di China apabila kisahnya tersebar di media sosial di negara itu, baru-baru ini.

Zhao Yongjiu melakukan dua pekerjaan sebagai tukang sapu dan menggunakan hampir keseluruhan gajinya untuk tujuan kebajikan.

Pada setiap hari, lelaki berusia 56 tahun itu keluar rumah untuk bekerja pada jam 4.30 pagi dan pulang pada jam 9 malam.

Untuk kerja kerasnya melakukan dua pekerjaan dari pagi hingga ke malam, Zhao hanya memperoleh pendapatan kira-kira 2,400 yuan (RM1,555) sebulan.

-myMetro